Friday, September 7, 2012

BAYI TOLAK SUSU BADAN


Petikan ini saya petik dari Harian Metro online 22/Dec/2010. Jom kita baca rintihan seorang ibu yang ingin kembali menyusukan bayinya. Mungkin ada di antara ibu-ibu yang sedang membaca artikel ini juga pernah atau sedang mengalami masalah seperti ini. Moga dapat membantu sedikit sebanyak hendaknya. InsyaAllah!
SAYA ibu kepada seorang bayi lelaki berusia empat setengah bulan. Saya bersalin melalui kaedah Caesarean dan selepas melahirkan anak, hanya mampu menyusukan bayi selama sebulan.
Keadaan ini agak mengecewakan kerana saya berazam untuk menyusukan anak melalui susu badan.

Masalahnya bayi saya menolak untuk diberikan susu badan kerana lebih selesa menyusu botol. Mungkin ketika itu air susu badan saya agak berkurangan.

Adakah sebarang alternatif untuk mengaktifkan kembali air susu badan? Bagaimana memujuk bayi saya supaya dapat menerima susu badan walaupun dia sudah biasa menyusu susu botol?

Jawapan dari Doktor Adilah Ahmat,
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi.

MEMBINCANGKAN persoalan anda sama seperti wanita yang ingin menyusukan bayi angkat. Untuk menghasilkan susu badan, ia memerlukan semangat dan kerajinan kerana hasilnya tidak kelihatan dalam sekelip mata.

Faktor utama adalah rangsangan manual terhadap puting payudarakerana ia membantu menghasilkan hormon oksitosin yang akan memancutkan susu dari payudara.

Terdapat ubat yang dikatakan dapat membantu menghasilkan susu di dalam payudara walaupun sebenarnya ia hanyalah satu daripada kesan sampingan ubat terbabit iaitu ubat itu dihasilkan atau dipasarkan bukan untuk kegunaan menghasilkan susu badan.

Anda boleh pergi mendapatkan nasihat daripada kumpulan penyusuan badan yang lazimnya terdiri daripada jururawat dan doktor sesuatu hospital yang ditauliahkan sebagai hospital rakan bayi.

Bayi anda mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan semula dengan puting payudara berbanding puting tiruan yang lebih mudah. Kesabaran dan ketekunan sangat penting dalam perkara ini.


Baru-baru ini seorang kenalan dan juga pelanggan baru saya turut mengalami masalah yang lebih kurang sama dengan kes di atas. Bayinya baru berusia 7 bulan tapi sayangnya susu badan si ibu sudah semakin kurang. Atau hampir tiada. Kini dia terpaksa meberikan susu formula kepada bayinya tatkala susu badan tidak cukupsupply. Dia beria-ia dan bersemangat nak mencuba Shaklee dengan tujuan untuk tingkatkan kembali pengeluaran susu badannya.

"Kalau saya cuba Shaklee ni, susu saya boleh ada balik tak kak?" 

Nampaknya dia dah beranggapan bila makan je produk Shaklee, susu akan terus ada. Namun saya tetap mengingatkan bahawa bukan produk Shaklee yang banyakkan susu atau kembalikan pengeluaran susu bagi yang kekurangan susu. Makan supplemen Shaklee ni merupakan satu USAHA untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan ibu-ibu yang menyusu. Bila badan dah sihat, insyaAllah badan akan bersedia untuk memulakan proses pengeluaran susu. Tapi dengan syarat perlu ada rangsangan dari luar iaitu rangsangan di puting payudara. InsyaAllah.



credit











Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 884782].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
 
NOOR AMIRA JAILANI
Shaklee Independent Distributor [ID Shaklee : 884782]
Email : mirawan77@gmail.com
Sms/ Whatsapp : 0133649448/ 0182552524

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...