Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit cantik dan licin. Benarkah begitu?
- Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protien yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat, sebab itulah si pengamal mendapati kulitnya lebih tegang, licin dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
- Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil Vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
- Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
- Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon antistress dan interferon (hormon fungsi imun). Mengikut Dr. Bruce Miller, the more you stress the more you need Vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan Vitamin C dan oleh kerana kekurangan Vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
- Penyakit skurvi adalah penyakit kekurangan Vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan semdi adalah disebabkan kekurangan Vitamin C. Jelas sekali Vitamin C umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyakan atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil Vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
- Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan Vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr. Bruce Miller, dos Vitamin C yang dicadangkan ialah 500mg sehari bersamaan 7 setengah biji oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITA-C™ 500mg
Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.
SUSTAINED RELEASE VITA-C MENGANDUNGI :
- Kandungan Vitamin C yang tinggi.
- Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan saru setengah biji buah oren untuk setiap jam selama 5jam.
- Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gusi, tulang, otot dan salur darah.
Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :
email : mirawan77@gmail.com
sms/whatsapp : 018-2552524 / 0133648448
bbm : 235A071E
No comments:
Post a Comment