Thursday, May 17, 2012

TIPS UNTUK MEMBANTU MENGEKALKAN KECEGASAN DENGAN NUTRIEN YANG BETUL

1. MENGGABUNGKAN SUMBER PROTIEN SIHAT DALAM DIET SEHARIAN
protien penting dalam diet yang sihat,tetapi protien yang berasal daripada haiwan mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. protien daripada bukan daging seperti soya merupakan pilihan yang terbaik. protien soya membantu untuk membina dan mengekalkn sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, rambut dan kuku. beberapa kajian juga membuktikan yang protien soya mungkin boleh mengurangkan kolestrol LDL?

2. DAPATKAN PEMAKANAN MENCUKUPI
makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupibagi mencapai kesihatan optimum. mengambil multivitamin merupakan salahsatu cara terbaik bagi memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga.

3. VITAMIN B & C
vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. pengambilan asid folik (vitamin B9) yang mencukupi penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan. vitamin pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta keseluruhan badan.

4. TAMBAHAN RESVERATROL DAN POLYPHENOLS
kajian telah menemui penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet anda dapat membantu menggalakkan proses penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5. AKTIFKAN DIRI
bersenam secara teratur merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan kesihatan. bersenam membantu anda mengekalkan berat badan dan mengelakkan anda diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6. BELAJAR MENGURUSKAN TEKANAN DALAM KEHIDUPAN ANDA
pengurusan tekanan penting dalam memelara tubuh dan otak yang sihat. tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko isomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. mengamalkan gaya hidup yang sihat , berfikran psitif dan mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu anda melegakan tekanan.

6. ELKKN MEROKOK DAN PENGAMBILAN ALKOHOL YANG BERLEBIHAN
merokok dan alkohol boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan mempercepatkan proses penuaan. jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang mrupakan masa yang terbaik untuk meninggalkannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...